Sunday, June 12, 2011
LEE SEUNG GI MY NAMJA CHINGU!!
Mesti korang tertanya-tanya kan apa tu 'Namja Chingu'?? hahahaha...maknanya ialah TEMAN LELAKI!! yup...LEE SEUNG GI HYUNG MY NAMJA CHINGU...OMOOO!!! aku tersangat-sangatlah teruja and addicted with him. Tak tahu lah apa yang dia buat dekat aku sampai aku boleh jadi gila sampai macam ni sekali...
Mungkin sebab aku tengok KDRAMA MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO or maybe sebab aku tertengok dia menyanyi live kat YOUTUBE and aku dapati suara dia sangat-sangat best!! Aigooo!! now I realize that his so CUTE, ADORABLE, TALENTED, HOT and what else can I say??? he's just PERFECT!!
If one day I meet him can I ask him 'CAN I BE YOUR GF??' hahahaha...(fool me!) it's to good to be truth right?? in my dream I think...hahahaha. But I feel kinda lucky because I know about him...and I can watch him every Monday in 2 DAYS 1 NIGHT. If I miss him I can see him in YOUTUBE. Hahaha.
Actually sangat-sangat susah untuk aku gilakan seorang artis korea sampai macam ni sekali. This is the first time I think...because KIM HYUN JOONG pon aku just minat gitu-gitu jew. Tak adalah sampai aku nak google search all about him...just suka-suka aje cerita dekat blog ni but!! LEE SEUNG GI is different...dia ada something yang membuatkan aku tertarik sangat-sangat kepada dia...and this is the first time I feel like I'm going to die if I don't hear his song before I'm going to sleep.
Such a nightmare if I don't. Hahaha. Guess what?? I will find KDRAMA SHINING INHERITANCE! because LEE SEUNG GI is the main role of the drama. Hehehe. Oh God! aku tak boleh berhenti berangan tentang LEE SEUNG GI...
Ok sampai sini sajalah aku bercerita tentang ketaksuban aku dengan LEE SEUNG GI ni...nanti makin menjadi-jadi pulak. Baik aku tengok dia dekat YOUTUBE sekarang...dadada...Nitez Allz!
p/s: Selamat menjamu mata...tapi jangan tengok lebih-lebih!! Hehehe...
Thursday, June 2, 2011
MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO
My Girlfriend is a Gumiho!! siapa tahu??...hehehe. Mesti semua orang dah tengok kan. This is the best Kdrama ever!! I love Lee Seung Gi and Shin Min Ah. I nomu nomu nomu nomu nomu chuaa!! hahaha. Rugi lah siapa yang tak tengok drama ni...cepat-cepat cari taw. Cerita ni aku tak nak cerita lebih-lebih...kalau nak tahu tengok sendiri tapi yang pastinya bila tengok drama ni mesti nak tersenyum sorang-sorang. Hakhakhak. Kan best kalau aku jadi Mi Ho...
Terus terang aku cakap drama ni memang terbaik dari ladang dan ost drama ni pun best-best semua!. Pelakon drama ni yang nyanyi sendiri lagipun Lee Seung Gi selaku hero memang penyanyi di korea. Uisshhh! nak aje aku kahwin dengan mamat korea ni...(berangan aje lebih nak ke dia kat aku ni??) Erk!!
Oklah sampai sini aje aku merepek...saja aje nak kongsi dengan korang semua yang mana gila and taksub dengan KPOP macam aku ni. Tak boleh berhenti aku cakap...addict sangat-sangat!! Di bawah aku dah letak beberapa gambar yang berkaitan dengan drama ni...zasss!! selamat menonton!! hehehe...
LOVE YOU LEE SEUNG GI!!!!

Monday, May 23, 2011
BUKAN SENANG UNTUK MELUPAKAN...
Dah seharian aku mengadap laptop ni sambil termenung...mood nak buat report akhir aku tergendala gara-gara aku teringatkan dia. Ya Allah sampai bila aku terus macam ni?? kenapa susah sangat untuk aku padamkan dia dari ingatan aku?? sebab aku belum minta maaf ke?. Sungguh sampai malam ni sewaktu aku sedang menulis pun aku masih terkenangkan dia. Betul ke cinta pertama tu wujud...kalau tak betul kenapa sampai sekarang aku masih belum lupakan dia??
Dah hampir 8 tahun iza...sudah-sudahlah...dia langsung tak ingatkn kau...malah kalau ingat pun makin benci agaknya dekat aku ni. Sakit bila kita susah untuk lupa kenangan lama. Sakit bila dia yang kita suka bencikan kita. Realitinya tu yang aku rasa. Bukan aku tak cuba tapi susah sangat...kalau boleh nak aje aku cabut hati aku ni and then campak dalam laut. Tak perlu hidup dengan adanya hati tapi menyakitkan hati.
Ya Allah kalau lah ada orang cakap yang tidak ada cinta yang sampai bertahun-tahun itu memang bohong! siapa cakap tak ada?? aku yang alami sekarang ni dah rasa. 8 tahun bukan waktu yang singkat. Sampai sekarang aku tak mampu nak terima mana-mana lelaki pun. Kalau dia sahaja yang ada di hati mana mungkin aku nak sayang lelaki lain?? bohonglah kalau aku katakan yang aku tak pernah bercinta. Aku pernah bercinta tapi tak sampai ke mana pun. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku jugak tak boleh tipu lelaki tu. Nak keluar dengan dia berdua pun aku tak nak. Sampai bila dia boleh bertahan dengan perangai aku?? tak akan ada lelaki yang boleh terima kekasih macam aku...itu hakikat.
Tapi apa yang boleh aku buat?? dia bencikan aku sejak dari sekolah rendah lagi. Bukan niat aku nak bergaduh dengan dia. Bukan niat aku jugak nak sukakan dia. Kalaulah dia tahu perasaan aku ni mesti bertambah benci dia kat aku kan?. Sampai satu tahap tu aku sanggup jalan ikut jauh masa nak pergi dekat bilik guru kalau aku ternampak dia. Pernah sekali tu aku tak nak langsung naik tingkat 3 bangunan sekolah sebab kelas dia terletak disitu. Apa yang boleh aku buat Ya Allah?? kalau mencintai dia menjauhkan aku dari-Mu KAU hilangkanlah dia dari hatiku...
Ya Allah seksa sungguh aku memikirkan dia Ya Allah...sampai aku buntu. Sampai aku takut untuk bertemu dengannya! bantulah aku Ya Allah...bantulah hambamu ini. Aku tak mahu rasa begini seumur hidup aku Ya Allah. Kalau terus begini tak mungkin aku dapat terima hati lelaki lain. Dah terlalu banyak hati yang aku tolak Ya Allah. Kesian kan lah aku...dalam banyak-banyak kenapa mesti dia??
Pandang aku pun dia tak nak apatah lagi hati aku. Kalau dulu aku pernah kata yang cinta itu bodoh itu semua cuma kata-kata aku dari diri aku yang pengecut! sebab aku takut untuk mengaku yang aku memang mencintai seseorang. Seseorang yang tak mampu aku miliki. Kawan baik aku pernah mengatakan yang 'mencintai tak semestinya memiliki' dan menerima seseorang yang mencintai kita lebih baik daripada menunggu seseorang yang tak mungkin dapat membalas cinta kita. Bagi aku lebih baik aku tak menerima seseiapa pun daripada aku menerimanya dan menyakiti hatinya.
Entry aku hari ni adalah luahan dari hati aku sendiri. Aku tak tahu pada siapa aku harus bercerita. Kalau bercerita pun belum tentu kawan-kawan aku akan faham apa yang aku rasakan. Bercakap tidak semudah yang kita jangka kalau kita sendiri tak alaminya. Kadang-kadang aku rasa cemburu bila tengok kawan aku berteman tapi aku?? tak...bukan salah diaorang...diaorang dah dapat yang terbaik dan aku patut doakan mereka. Manakala aku pulak lebih baik aku begini. Bersendirian mungkin lebih baik untuk diri aku...mungkin...insyaAllah kalau ditakdirkan aku masih belum boleh lupakan dia aku redha dan pasrah apa yang tertulis dalam kamus hidup aku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Semoga Allah membantu aku menuju ke jalan-Nya...jalan yang menuju cinta yang hakiki. Cinta yang bukan menyakitkan aku malah mendekatkan aku kepada-Nya. Aku tidak mahu menjadi hamba-Mu yang mudah lupa dan alpa dengan cinta duniawi. Bantulah aku sesungguhnya aku cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, May 22, 2011
I LOVE MR KOREA...SARANGHAE!!
Heloo!! hehehe...hari ni aku happy sangat-sangat sebab aku dapat tengok Mr Korea kegemaran aku. Kalau korang nak tahu aku minat sangat dengan Mr Korea...hmm...dalam hidup aku ni ada dua orang Mr Korea yang paling aku minat tau. Kalau lah aku boleh kahwin dngan salah seorang ni mesti best! wakaka...(berangan aje lebih)
Sejak bila aku layan korea?? aku layan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Masa tu aku darjah 5. Drama korea pertama yang berjaya menambat hati aku semestinya Winter Sonata! korang pun mesti tahu kan drama ni??. Aku ingat lagi sampai meleleh air mata aku yang berharga ni...sangat sedih ye! aku yang keras hati ni pun boleh mengalirkan airmata...cewah! hehehe.
Ok-ok...sekarang dah tiba masanya untuk aku kenalkan Mr Korea aku yang berada no 1 di hati dan jantungku! Jeng Jeng Jeng!!
Tadaaa!!!!!!!!
Inilah Kim Hyun Joong...pertama kali aku lihat dia berlakon dalam drama Boys Over Flower. Perghhhh! memang mengancam habis lah. Tak tahan aku tengok dia...lama-lama boleh angau aku dibuatnya jangan sampai gila aku jadinya sudahlah...hahaha. Masa ni dia pegang watak Joon Ji Hoo watak lelaki yang penyayang dan lemah lembut (bukan lembut yang itu ok!). Yang paling aku suka bila tengok dia termenung. Eeee....suka sangatlah time tu...nampak handsome sangat-sangat!. Aku tahu mesti ramai yang dekat luar sana pun suka kan dia tapi aku nak warning awal-awal yang KIM HYUN JOONG aku yang PUNYA...wahahaha!(gelak jahat).
Yang tu cerita dia dengan drama yang pertama kan...sekarang aku nak cerita tentang dia dalam drama yang kedua iaitu Playful Kiss. Dalam drama ni memang aku terkejut beruk punyalah. Nak tahu tak kenapa?? sebabnya dalam drama ni dia jadi lelaki yang dingin, mulut jahat dan sangat-sangat kuat membuli heroin drama ni iaitu Jung So min melakonkan watak Oh Ha Ni. Dalam drama ni dia pegang watak Baek Seung Jo yang sangat-sangat pintar tapi sombong. Huh!. Tapi aku suka jugak...hehehe. Dah nama pun angau + tak betul kan...mesti suka punya. Nak tengok gambar dia dalam drama ni?? Tengok lah ke bawah ye kengkawan sume...Tarapappa!
Macam mana? teringin nak tengok?? hehehe. Drama ni memang best 100% dijamin oleh aku. Masuk malam ni dah dekat 10 kali aku tengok drama ni...seriously aku tak pernah rasa bosan. Tengok sekali tak cukup tengok lagi and lagi and lagi...last-last sampai 10 kali dah. Jangan tak percaya! punyalah fanatik aku dengan drama ni. Hahaha...siapa-siapa yang tak tengok lagi cepat-cepatlah cari di kedai DVD berhampiran anda. Erk! lupa nak cakap KIM HYUN JOONG jugak merupakan ketua bagi sebuah kumpulan penyanyi korea yang dikenali sebagai SS501!! lagu-lagu nyanyian SS501 memang best! yang paling aku suka lagu FIND...nak tahu best ke tak carilah sendiri ok! Peace!
Erm...oklah aku rasa sampai sini dulu aku mengarut kalau nak tahu siapa Mr Korea aku yang ke 2 sila tunggu entry aku yang akan datang ok! Bye...Saranghaeyo...Kamsahamida...Anyeonghaseyeo! KIM HYUN JOONG tetap aku punya ok! Hahaha...
p/s: bila lah aku dapat pergi Korea yek...huhuhu. (Ada hati nak pergi sana tu...)

Wednesday, May 18, 2011
ALUMNI! ALUMNI??!! OMG!
Mesti pelik aje kan tajuk blog aku ni?? hmm...pelik tak pelik tu lah kenyataannya. Sekolah aku nak buat alumni untuk semua bekas-bekas pelajar dari tahun 2005 sehingga 2009 tak silap aku lah. Hahaha. Nampak sangat tak peka. Sampai sekarang aku duk pikir lagi samada aku nak pergi ke tak nak. Nak tak nak nak tak nak?? naaaakkkkkkkkkk!! jerit hati aku. Tapi kan...tapi...tapi...aku takut!! takut OMG!! takut 'ter'jumpa seseorang. Wakaka. Rasa-rasa dia pergi tak?? hmm...Nak tengok sekolah aku tak? kalau nak tengok sila pandang ke bawah...hehehe! jangan pandang benda lain pulak yek! Check it OUT! Yosh!!!
TADAAAA!!
Haaa...cantik tak?? cantik kan...inilah sekolah kesayangan aku. Tanpa sekolah ni dan tanpa cikgu-cikgu yang ada di sekolah ni siapalah aku?? cewaahhh!. Kalau nak tahu sekolah ni jadi cantik sebab aku lah yang mengecatnya (ok!itu tipu!) tapi sungguh aku rindu nak pergi ke sekolah ni. Tup-tup ada alumni...huahua. Inilah masanya aku menunjukkan ciri-ciri bekas pelajar terbaik ye tak? hahaha. Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah ni...pendiam aje aku. Nampak polos aje. Hakhak. Masa form 5 aku jadi ketua kelas tau! sikit punya garang aku ni. Tapi aku sangat-sangat berdedikasi (pehal lak puji diri sendiri ni??). Masa tu budak-budak lelaki kelas aku suka sangat buat aku naik darah...sabar jelah. Dah tahu aku jenis macam tu lagi kuat diaorang mengusik adalah! Huh! Sebal aku rasa.
Bagi aku kenangan masa tu memang tak boleh lupa sampai sekarang macam mana aku mengamuk sakan bila tiba-tiba aje bola kertas melayang atas meja. Elok aje landing depan mata aku! memember perempuan dah panas dah, aku lagi lah...aku rasa nak bertukar jadi gorilla aje!! BERTUKAR!!
Aku ambik bola tu and then aku pandang sorang-sorang depan mata aku. Diaorang dah cuak. Aku tanya "siapa yang suruh main bola dalam kelas?". Lepas tu ada lah sorang yang menjawab katanya bukan selalu. Habis aje ayat tu aku terus jerit. Geram tak terkata dah ni. Aku pun balas balik "korang pecahkan tingkap aku boleh sabar lagi tapi sampai melayang bola tu kena kat member aku dah tak boleh sabar dah!"(ayat cover marah). Masing-masing diam...kesian lah pulak aku tengok. Hmm...disebabkan aku kesian tengok muka seposen diaorang tu aku decide...aku suruh diaorang main tapi bila dah dapat satu gol BERHENTI main. Diaorang sengih sampai ke telinga. Aku pun jadilah pengadil (Hahaha) sampai diaorang gol. Memember yang lain pandang aku pelik aje lepas aku cakap macam tu. Aku pun cakaplah aku kesian aje...meleret aje ayat aku tu. Selepas pada tu member aku sound "Kau nie memang dah tak betul agaknya liza tadi beria kau marah alik-alik aku tengok kau join sekaki pe kes???" aku sengih kambing...yang lelain bantai gelak aje. Sabar ajelah...
Kisah tu sampai sekarang aku tak boleh lupa...kalau ikutkan aku antara budak yang suka buat pasal jugak tapi tak pernah kantoi lah. Macam-macam ragam masa aku sekolah dulu. Kejap jadi baik kejap lagi kang jadi jahat. Hehehe. Eh..aku rasa dah melalut sangat aku ni. Tadi cerita pasal alumni...ni dah sampai ke cerita 5 tahun ke belakang. Hahaha. Ok balik pasal alumni kejadah ni...aku decide nak pergi sebab semua geng aku nak pergi. Sanggup diaorang balik hujung minggu semata-mata nak jumpa memember lama. Ada yang dari KL, Perak,Johor dan memacam lagilah. Mula pulak pukul 8 malam sampai pukul 11 kira ok lah tu kot. Aku berdoa pada Allah mintak-mintak dia tak datang...hahaha (jahat!) bukan apa...aku takut lah...macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti?? cubalah korang pikir...seksa tahu?!! dengan senior lain aku tarak hal...dengan dia aje aku tak boleh mengadap. Erk! adoi...tak apa lah...kita tunggu dan lihat. Kalau aku ada menulis selepas tarikh 18/06/2011 maknanya aku selamat kembali dengan keadaan yang baik. Hehehe...
Oklah...sampai sini saja untuk hari ni...Sekian Terima Kasih dan Assalamuaikum.
p/s: dalam hati berharap jugak nak jumpa dia...kehkehkeh.

Monday, May 16, 2011
DIA YANG AKU CINTAI 2
Helooo...anybody home?? opss! lupa pulak...kita orang islam so kena bagi salam. Semula ok! Assalamualaikum dan salam satu dunia yang cantik lagi lawa selawa lawanya (melebih sungguh!) hehehe. Bukan selalu ye dok?...ok sekarang aku nak sambung cerita semalam. Cerita cinta dan airmata (propa jew lebih jangan caya). Hmm...semalam sampai mana ek? dah gaduh kan...erm...dah gaduh sampai nak terbalik bangunan sekolah tu. Hari ni aku nak sambung aje yang semalam tu.
Mana nak mula kan yek...hmm...ok dari sini aku cerita. So lepas pada tu aku dengan dia langsung tak boleh berjumpa, pandang sebelah mata pun tak boleh. Kenyit-kenyit jauh sekali yek!. Sesungguhnya aku anti dengan dia yang bagi aku sangat kerek tu. Dia tu adalah insan pertama yang aku jumpa bajet bagus, perasantan, gila dan macam-macam lagi. Aku rasa masa tu bukan setakat benci aje dah, menyampah pun ada. Korang tahu tak masa sambutan Maulidur Rasul aku pakai baju kurung yang biasa-biasa aje...yelah aku kan mana reti nak pakai lawa-lawa macam kawan aku tu. Tak tahulah aku kenapa dia pandang aku masa tu...tahu tak lepas tu dia buat apa?? tahu tak????? dia GELAK kat aku ok! aku ulang sekali lagi dia GELAK!!!!. Uishh tension aku bila ingat balik. Apa teruk sangat ke aku pakai baju kurung?? Arrgghhh!
Lepas pada tu aku dah berikrar depan cermin yang aku tak akan pakai lagi baju kurung dekat sekolah. Huh!. Tak akan!!! sekurang-kurangnya selagi dia ada dekat sekolah tu lar. Ok, setakat tu tak ada lagi sengketa tapi tak lama lepas tu ada pulak kem kepimpinan sekolah dekat Taman Pertanian. Bagus betul!
Masa dekat kem tu kitaorang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan golongan ketua kelas dan jugak penolong ketua kelas. Rombakan dibuat dan kami dibahagi kepada beberapa kumpulan lain. Aku takut jugak kalau-kalau satu kumpulan dengan dia tapi nasib baik tak. Kalau tak memang aku jotos kepala orang yang gatal letak kitaorang berdua sekali. Hahaha. Masa ni ada pelbagai acara yang diadakan antaranya berlakon! ye memang tak salah lagi berlakon! aku berlakon?? hancur lah jawabnya...ketua kumpulan aku ni pulak punya lah baik hati letak aku jadi heroin. Korang pleaselah! dapat bayangkan tak aku jadi heroin??. Malam tu aku tebalkan muka aku yang tak berapa cun ni berlakon depan semua orang. Aku tak kisah kalau depan diorang yang aku kisahkan adalah depan dia! dia pun menyemak sekali kat situ. Sungguh aku dapat tengok muka mengejek dia tu dari atas pentas. Saat tu aku rasa nak aje aku pegang pistol betul and then tembak dia. Padan muka! cet!
Ok cukup! aku tak nak dah cerita pasal kem tu. Sangat menyakitkan hati! tapi belum cukup sampai situ lagi ye...ada lagi ni...banyak lagi. Huhuhu. Semasa kat sekolah tak lama lepas tu aku dapat nama baru yang comel dan sedap. Kalau aku sebut confirm korang tahu punya. Dengan rasminya aku dipanggil oleh dia sebagai KICAP. Betul...tak salah lagi memang KICAP kawan-kawanku sekalian. Aku rasa sangatlah terharu sampaikan aku panggil dia dengan nama PIAT pulak. FAIR and SQUARE ok!! HUH! adil dan saksama. Apa dia ingat dia aje yang hebat?? kalau dia boleh ubah nama aku yang sedap ni aku pun bolehlah...terus terang aku cakap memang buku bertemu dengan ruas.
Sepanjang tahun jugak aku dengan dia bergaduh sampailah masanya aku kehilangan dia...(bukan mati ok!)dia dah masuk sekolah menengah pun. Aku sorang ajelah yang tinggal. Masa tu aku tak tahu nak kata apa. Tapi sungguh aku rindukan dia...tiba-tiba aku rasa sunyi tak ada teman lagi nak bergaduh. Selalu masa balik sekolah mesti aku gaduh dengan dia tapi sekarang dah tak ada. Kalau pergi kantin berselisih dengan dia mesti kitaorang jalan betul-betul hujung dekat tiang. Punya jauh tak boleh dekat. Tapi semua tu hilang sekelip mata aje. Ada jugak aku terjumpa dengan dia di pasar malam tapi aku lari. Kalau boleh aku tak nak dia nampak aku. Aku selalu tengok dia dari jauh...masa tu lah aku baru sedar kewujudan dia dalam hidup aku banyak mengubah aku. Kalau dulu aku cukup anti dengan lelaki tapi bila dengan dia aku jadi diri aku sendiri. Dulu aku sangat susah nak terima lelaki bukan apa...aku cuma tak suka. Kawan lelaki yang betul-betul boleh masuk dengan aku cuma kawan sekelas aje. Luar daripada tu kirim salam ajelah!
Masa aku diterima masuk sekolah menengah aku dapat tahu aku satu sekolah dengan dia. Punyalah aku nak elak sampaikan aku sanggup suruh mak aku tukarkan aku ke sekolah lain. Tapi mestilah mak aku tak bagi. Mak aku nak backhand aku adalah! Hahaha. So, nak tak nak aku masuk ajelah...pertama kali jumpa dia, dia bersongkok sebab kelas arab aku pulak kelas biasa saja. Tapi dia buat-buat tak kenal aku aje. Dia pandang aku tapi macam tak ada reaksi langsung. Kenapa??? aku pun tak tahu tapi cara dia pandang dah tak ada rasa benci dekat aku. Mulai saat tu lah aku dengan dia jalani hidup sebagai pelajar seperti biasa. Tak ada lagi pertengkaran and tak ada lagi sindir menyindir antara kami. Sunyi sepi!
Aku dan dia selalu terjumpa dalam perpustakaan kadang-kadang tu aku duduk betul-betul berdepan dengan dia. Segan tu tak payah cakaplah kan. Malu aku. Sampai tak boleh nak ulang kaji dibuatnya. So, aku ambik keputusan untuk elak dari bertemu empat mata dengan dia. Setiap kali aku nampak dia dari jauh aku terus pusing ikut jalan lain. Kawan aku dah mula syak yang bukan-bukan tapi aku peduli apakan. Aku cakap lalu ikut situ boleh melatih kaki kita. Baik punya ayat!
Ada sekali tu masa kitaorang nak sembahyang dekat surau sekolah kebetulan jadual sama dengan kelas dia and nak tahu apa lagi yang mengejutkan?? kitaorang satu pasukan dalam sukan sekolah. Rumah biru! lagi aku nak elak lagi banyak pulak yang sama. Dah lah aku rasa janggal aje kalau terjumpa dia. Dekat surau tu aku pernah perasan dia senyum kat aku. Tapi aku tak percaya lah...tak mungkin kot! untuk mendapat kepastian aku pun pandang lah belakang tapi belakang aku tak ada orang pun. Tak kan senyum dekat aku kot??? kawan aku sempat lagi usik aku "Dia pandang ko tu tak kan tak tahu siap senyum lagi" cet!. Aku pandang tempat lain ikat kasut aku lagi bagus. Aku tak nak lah perasan yang lelaki yang bencikan aku senyum dekat aku...memang pelik lah sangat!
Kalau korang semua nak tahu sampai sekarang aku tak tahu mana dia belajar. Pernah sekali aku nampak dia tapi aku sendiri pun tak pasti samada tu dia or bukan. Tapi terus terang aku cakap...aku nak sangat bercakap dengan dia seperti biasa and aku nak mintak maaf dengan dia pasal hal dulu. Aku tahu dia bencikan aku...tapi satu aje yang boleh aku katakan yang dalam hati aku cuma ada dia. Mesti korang fikir yang aku ni perempuan yang perigi cari timbakan?? aku tak kisah...saat ni dah genap 9 tahun aku cintakan dia. Sungguh aku cinta dia...
Tipulah kalau aku kata yang aku tak bercinta...memang aku pernah bercinta tapi aku putuskan hubungan dengan teman lelaki aku dulu kerana aku tak boleh paksa diri aku. Sayang aku cuma sebagai kawan dan aku rasa selesa aje. Tapi cinta aku cuma untuk dia. BODOH! ya memang aku bodoh kerana mencintai seseorang yang tak dapat aku miliki. Tapi mencintai tak semestinya memiliki bukan?
Selagi aku belum lupakan dia aku rela begini...biarlah masa yang menentukan hala tuju hidup aku. Buat masa sekarang aku nak belajar rajin-rajin dan bantu kedua orang tua aku. Andai jodoh itu milik aku pasti suatu masa nanti aku akan terima dengan hati yang terbuka...INSYAALLAH...

DIA YANG AKU CINTAI
Pernah tak korang jatuh cinta?? mesti pernah kan...setiap orang ada cerita cinta masing-masing. Macam tu jugak dengan aku.
Bukan niat aku nak jatuh cinta...bukan niat aku juga untuk dibenci oleh dia. Semuanya berlaku ketika aku di darjah 5. Mesti korang fikir aku budak yang gatal kan? yelah aku suka pada dia masa sekolah rendah. Mula-mula aku langsung tak sukakan dia tapi hati manusia siapa boleh jangka kan...aku pulak perangai tak ubah macam lelaki masa tu. Nak tengok aku pakai baju kurung alamatnya sampai kiamat lah mak aku kempunan agaknya.
Nak dijadikan ceritanya, masa tu aku wakil sekolah dalam olahraga macam-macam acara aku masuk antaranya lari 100 meter, 200 meter dan 4X100 meter perempuan. Pokoknya semua yang ada meter aku masuk...hahaha. So, pagi tu aku tengah get ready untuk pergi sekolah. Jangan tak tahu aku ni pergi sekolah naik basikal cabuk jew. Mana ada istilah mak ayah aku hantar. So, aku pun dah siap-siap nak pergi sekolah tepat pukul 7 pagi. Maklumlah aku kan pengawas a.k.a 'mawas' kat sekolah jadi kenalah datang awal (Ceh!). Sampai aje dekat sekolah kitaorang semua berkumpul dekat tapak perhimpunan sebelum bertolak ke stadium.
Dekat stadium acara yang aku sertai dah awal-awal lagi mula. Mahu tak tercabut kaki aku berlari...penat wooo...tapi dapat jugak aku pergi final kira oklah tu kot...hahaha. Cikgu Ahmad yang bawa kitaorang sikit punya bangga lagi. Cayalah!!. Ok...nak dijadikan cerita masa aku tengah syok-syok mencarik nasi lemak aku tiba-tiba aje ada tangan yang hulurkan nasi lemak aku tu. Aku pun hairan bin ajaib jugak siapalah yang baik hati sangat tolong simpankan nasi aku tu?? tup-tup aku tengok dia rupanya. Masa tu lah aku suka dekat die...tapi cover beb...aku pun buat-buat lah tanya "nasi siapa ni??" dia balas "nasi awaklah...makanlah nanti basi". Aku pun sambut dengan hati yang sikit punya membunga. Wahahaha.
Tepat pukul 12 kitaorang pun sampai semula kat sekolah. Aku pun malas nak ambil port lama-lama terus naik atas. Masa tulah jugak kawan baik aku ni serbu aku tanya siapa mamat dekat bawah tu (siapa lagi kalau bukan dia). Aku pun cakaplah kat kawan baik aku yang punya baik ni yang tu _ _ _ _ _ _. Minah ni apalagi dia punya sengih sampai ke telinga. Nampak sangat suka. Hmm...agaknya memang nasib aku ker mengalah demi kawan??
Sejak dari itulah kawan aku ni suruh aku kirim salam dekat dia. Lupa nak cakap yang aku dan dia dua-dua pengawas sekolah. Masa ni aku macam jantan so ramailah yang takut dengan aku. Aku pun dengan selamba badaknya beritahu dekat dia yang minah tu kirim salam...mula-mula dia boleh terima lagi. Tapi lama-lama dia bosan. Aku tahu aku salah tapi aku cuma nak tolong kawan aku aje...nak dipendekkan ceritanya. Dia marah kat aku. Mula-mula aku tahan tapi dah lama-lama aku jew yang kena marah siapa tahan beb...semenjak hari tu lah aku selalu gaduh dengan dia. Kadang-kadang tu benda yang sikit punya kecik pun jadi besar. Aku pulak jenis panas baran...aku hamun aje dia time balik sekolah. Cuba bayangkan aku dekat sebelah kiri jalan raya dia pulak sebelah kanan jalan raya...kitaorang bertekak sepanjang jalan sampai ke rumah aku. Dah sampai rumah senyaplah...huhuhu.
Bukan setakat tu aje...sampaikan cikgu pun tahu kitaorang ni gaduh. Kalau time pengawas bertugas tak pernah sekali pun kitaorang jadi 'pair' jaga kelas budak bawah. Nak tahu kenapa?? paham-paham sendiri sudah...karang budak senyap kitaorang yang bergaduh. Baik tak payah kan!. Even masa aku dengan dia bergaduh pun kawan aku still mintak tolong aku bagi surat cinta dekat dia. Tapi kawan punya pasal aku pun dengan baik hatinya bagi ajelah. Last-last aku tengok surat tu selamat berada dalam tong sampah dicampak oleh dia. Huhuhu. Yang tu memang aku tak dapat nak tolong ok!
Mata aku dah mengantuk sangat ni. Apa kata esok-esok pulak aku bercerita ye...kalau cerita semuanya malam ni tak best pulak kan. Lagipun banyak lagi yang aku nak luahkan. Dekat sini ajelah aku boleh pot pet pot pet...hehehe. Ok, selamat malam...Assalamulaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)