Wednesday, May 18, 2011

ALUMNI! ALUMNI??!! OMG!

Mesti pelik aje kan tajuk blog aku ni?? hmm...pelik tak pelik tu lah kenyataannya. Sekolah aku nak buat alumni untuk semua bekas-bekas pelajar dari tahun 2005 sehingga 2009 tak silap aku lah. Hahaha. Nampak sangat tak peka. Sampai sekarang aku duk pikir lagi samada aku nak pergi ke tak nak. Nak tak nak nak tak nak?? naaaakkkkkkkkkk!! jerit hati aku. Tapi kan...tapi...tapi...aku takut!! takut OMG!! takut 'ter'jumpa seseorang. Wakaka. Rasa-rasa dia pergi tak?? hmm...Nak tengok sekolah aku tak? kalau nak tengok sila pandang ke bawah...hehehe! jangan pandang benda lain pulak yek! Check it OUT! Yosh!!!





TADAAAA!!

Haaa...cantik tak?? cantik kan...inilah sekolah kesayangan aku. Tanpa sekolah ni dan tanpa cikgu-cikgu yang ada di sekolah ni siapalah aku?? cewaahhh!. Kalau nak tahu sekolah ni jadi cantik sebab aku lah yang mengecatnya (ok!itu tipu!) tapi sungguh aku rindu nak pergi ke sekolah ni. Tup-tup ada alumni...huahua. Inilah masanya aku menunjukkan ciri-ciri bekas pelajar terbaik ye tak? hahaha. Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah ni...pendiam aje aku. Nampak polos aje. Hakhak. Masa form 5 aku jadi ketua kelas tau! sikit punya garang aku ni. Tapi aku sangat-sangat berdedikasi (pehal lak puji diri sendiri ni??). Masa tu budak-budak lelaki kelas aku suka sangat buat aku naik darah...sabar jelah. Dah tahu aku jenis macam tu lagi kuat diaorang mengusik adalah! Huh! Sebal aku rasa.

Bagi aku kenangan masa tu memang tak boleh lupa sampai sekarang macam mana aku mengamuk sakan bila tiba-tiba aje bola kertas melayang atas meja. Elok aje landing depan mata aku! memember perempuan dah panas dah, aku lagi lah...aku rasa nak bertukar jadi gorilla aje!! BERTUKAR!!

Aku ambik bola tu and then aku pandang sorang-sorang depan mata aku. Diaorang dah cuak. Aku tanya "siapa yang suruh main bola dalam kelas?". Lepas tu ada lah sorang yang menjawab katanya bukan selalu. Habis aje ayat tu aku terus jerit. Geram tak terkata dah ni. Aku pun balas balik "korang pecahkan tingkap aku boleh sabar lagi tapi sampai melayang bola tu kena kat member aku dah tak boleh sabar dah!"(ayat cover marah). Masing-masing diam...kesian lah pulak aku tengok. Hmm...disebabkan aku kesian tengok muka seposen diaorang tu aku decide...aku suruh diaorang main tapi bila dah dapat satu gol BERHENTI main. Diaorang sengih sampai ke telinga. Aku pun jadilah pengadil (Hahaha) sampai diaorang gol. Memember yang lain pandang aku pelik aje lepas aku cakap macam tu. Aku pun cakaplah aku kesian aje...meleret aje ayat aku tu. Selepas pada tu member aku sound "Kau nie memang dah tak betul agaknya liza tadi beria kau marah alik-alik aku tengok kau join sekaki pe kes???" aku sengih kambing...yang lelain bantai gelak aje. Sabar ajelah...

Kisah tu sampai sekarang aku tak boleh lupa...kalau ikutkan aku antara budak yang suka buat pasal jugak tapi tak pernah kantoi lah. Macam-macam ragam masa aku sekolah dulu. Kejap jadi baik kejap lagi kang jadi jahat. Hehehe. Eh..aku rasa dah melalut sangat aku ni. Tadi cerita pasal alumni...ni dah sampai ke cerita 5 tahun ke belakang. Hahaha. Ok balik pasal alumni kejadah ni...aku decide nak pergi sebab semua geng aku nak pergi. Sanggup diaorang balik hujung minggu semata-mata nak jumpa memember lama. Ada yang dari KL, Perak,Johor dan memacam lagilah. Mula pulak pukul 8 malam sampai pukul 11 kira ok lah tu kot. Aku berdoa pada Allah mintak-mintak dia tak datang...hahaha (jahat!) bukan apa...aku takut lah...macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti?? cubalah korang pikir...seksa tahu?!! dengan senior lain aku tarak hal...dengan dia aje aku tak boleh mengadap. Erk! adoi...tak apa lah...kita tunggu dan lihat. Kalau aku ada menulis selepas tarikh 18/06/2011 maknanya aku selamat kembali dengan keadaan yang baik. Hehehe...

Oklah...sampai sini saja untuk hari ni...Sekian Terima Kasih dan Assalamuaikum.

p/s: dalam hati berharap jugak nak jumpa dia...kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment