Monday, May 23, 2011

BUKAN SENANG UNTUK MELUPAKAN...

Dah seharian aku mengadap laptop ni sambil termenung...mood nak buat report akhir aku tergendala gara-gara aku teringatkan dia. Ya Allah sampai bila aku terus macam ni?? kenapa susah sangat untuk aku padamkan dia dari ingatan aku?? sebab aku belum minta maaf ke?. Sungguh sampai malam ni sewaktu aku sedang menulis pun aku masih terkenangkan dia. Betul ke cinta pertama tu wujud...kalau tak betul kenapa sampai sekarang aku masih belum lupakan dia??

Dah hampir 8 tahun iza...sudah-sudahlah...dia langsung tak ingatkn kau...malah kalau ingat pun makin benci agaknya dekat aku ni. Sakit bila kita susah untuk lupa kenangan lama. Sakit bila dia yang kita suka bencikan kita. Realitinya tu yang aku rasa. Bukan aku tak cuba tapi susah sangat...kalau boleh nak aje aku cabut hati aku ni and then campak dalam laut. Tak perlu hidup dengan adanya hati tapi menyakitkan hati.

Ya Allah kalau lah ada orang cakap yang tidak ada cinta yang sampai bertahun-tahun itu memang bohong! siapa cakap tak ada?? aku yang alami sekarang ni dah rasa. 8 tahun bukan waktu yang singkat. Sampai sekarang aku tak mampu nak terima mana-mana lelaki pun. Kalau dia sahaja yang ada di hati mana mungkin aku nak sayang lelaki lain?? bohonglah kalau aku katakan yang aku tak pernah bercinta. Aku pernah bercinta tapi tak sampai ke mana pun. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku jugak tak boleh tipu lelaki tu. Nak keluar dengan dia berdua pun aku tak nak. Sampai bila dia boleh bertahan dengan perangai aku?? tak akan ada lelaki yang boleh terima kekasih macam aku...itu hakikat.

Tapi apa yang boleh aku buat?? dia bencikan aku sejak dari sekolah rendah lagi. Bukan niat aku nak bergaduh dengan dia. Bukan niat aku jugak nak sukakan dia. Kalaulah dia tahu perasaan aku ni mesti bertambah benci dia kat aku kan?. Sampai satu tahap tu aku sanggup jalan ikut jauh masa nak pergi dekat bilik guru kalau aku ternampak dia. Pernah sekali tu aku tak nak langsung naik tingkat 3 bangunan sekolah sebab kelas dia terletak disitu. Apa yang boleh aku buat Ya Allah?? kalau mencintai dia menjauhkan aku dari-Mu KAU hilangkanlah dia dari hatiku...

Ya Allah seksa sungguh aku memikirkan dia Ya Allah...sampai aku buntu. Sampai aku takut untuk bertemu dengannya! bantulah aku Ya Allah...bantulah hambamu ini. Aku tak mahu rasa begini seumur hidup aku Ya Allah. Kalau terus begini tak mungkin aku dapat terima hati lelaki lain. Dah terlalu banyak hati yang aku tolak Ya Allah. Kesian kan lah aku...dalam banyak-banyak kenapa mesti dia??

Pandang aku pun dia tak nak apatah lagi hati aku. Kalau dulu aku pernah kata yang cinta itu bodoh itu semua cuma kata-kata aku dari diri aku yang pengecut! sebab aku takut untuk mengaku yang aku memang mencintai seseorang. Seseorang yang tak mampu aku miliki. Kawan baik aku pernah mengatakan yang 'mencintai tak semestinya memiliki' dan menerima seseorang yang mencintai kita lebih baik daripada menunggu seseorang yang tak mungkin dapat membalas cinta kita. Bagi aku lebih baik aku tak menerima seseiapa pun daripada aku menerimanya dan menyakiti hatinya.

Entry aku hari ni adalah luahan dari hati aku sendiri. Aku tak tahu pada siapa aku harus bercerita. Kalau bercerita pun belum tentu kawan-kawan aku akan faham apa yang aku rasakan. Bercakap tidak semudah yang kita jangka kalau kita sendiri tak alaminya. Kadang-kadang aku rasa cemburu bila tengok kawan aku berteman tapi aku?? tak...bukan salah diaorang...diaorang dah dapat yang terbaik dan aku patut doakan mereka. Manakala aku pulak lebih baik aku begini. Bersendirian mungkin lebih baik untuk diri aku...mungkin...insyaAllah kalau ditakdirkan aku masih belum boleh lupakan dia aku redha dan pasrah apa yang tertulis dalam kamus hidup aku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Semoga Allah membantu aku menuju ke jalan-Nya...jalan yang menuju cinta yang hakiki. Cinta yang bukan menyakitkan aku malah mendekatkan aku kepada-Nya. Aku tidak mahu menjadi hamba-Mu yang mudah lupa dan alpa dengan cinta duniawi. Bantulah aku sesungguhnya aku cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Amin Ya Rabbal Alamin...

2 comments:

  1. giler kentang jiwang ayat..ha3

    ReplyDelete
  2. huhuhu...aty tgh pedih mmg ler...sob3!hahaha...tp xpe...ak dah pulih!jnji ak tgk cter korea sume da ok...hak3

    ReplyDelete