Monday, May 16, 2011

DIA YANG AKU CINTAI

Pernah tak korang jatuh cinta?? mesti pernah kan...setiap orang ada cerita cinta masing-masing. Macam tu jugak dengan aku.
Bukan niat aku nak jatuh cinta...bukan niat aku juga untuk dibenci oleh dia. Semuanya berlaku ketika aku di darjah 5. Mesti korang fikir aku budak yang gatal kan? yelah aku suka pada dia masa sekolah rendah. Mula-mula aku langsung tak sukakan dia tapi hati manusia siapa boleh jangka kan...aku pulak perangai tak ubah macam lelaki masa tu. Nak tengok aku pakai baju kurung alamatnya sampai kiamat lah mak aku kempunan agaknya.

Nak dijadikan ceritanya, masa tu aku wakil sekolah dalam olahraga macam-macam acara aku masuk antaranya lari 100 meter, 200 meter dan 4X100 meter perempuan. Pokoknya semua yang ada meter aku masuk...hahaha. So, pagi tu aku tengah get ready untuk pergi sekolah. Jangan tak tahu aku ni pergi sekolah naik basikal cabuk jew. Mana ada istilah mak ayah aku hantar. So, aku pun dah siap-siap nak pergi sekolah tepat pukul 7 pagi. Maklumlah aku kan pengawas a.k.a 'mawas' kat sekolah jadi kenalah datang awal (Ceh!). Sampai aje dekat sekolah kitaorang semua berkumpul dekat tapak perhimpunan sebelum bertolak ke stadium.

Dekat stadium acara yang aku sertai dah awal-awal lagi mula. Mahu tak tercabut kaki aku berlari...penat wooo...tapi dapat jugak aku pergi final kira oklah tu kot...hahaha. Cikgu Ahmad yang bawa kitaorang sikit punya bangga lagi. Cayalah!!. Ok...nak dijadikan cerita masa aku tengah syok-syok mencarik nasi lemak aku tiba-tiba aje ada tangan yang hulurkan nasi lemak aku tu. Aku pun hairan bin ajaib jugak siapalah yang baik hati sangat tolong simpankan nasi aku tu?? tup-tup aku tengok dia rupanya. Masa tu lah aku suka dekat die...tapi cover beb...aku pun buat-buat lah tanya "nasi siapa ni??" dia balas "nasi awaklah...makanlah nanti basi". Aku pun sambut dengan hati yang sikit punya membunga. Wahahaha.

Tepat pukul 12 kitaorang pun sampai semula kat sekolah. Aku pun malas nak ambil port lama-lama terus naik atas. Masa tulah jugak kawan baik aku ni serbu aku tanya siapa mamat dekat bawah tu (siapa lagi kalau bukan dia). Aku pun cakaplah kat kawan baik aku yang punya baik ni yang tu _ _ _ _ _ _. Minah ni apalagi dia punya sengih sampai ke telinga. Nampak sangat suka. Hmm...agaknya memang nasib aku ker mengalah demi kawan??

Sejak dari itulah kawan aku ni suruh aku kirim salam dekat dia. Lupa nak cakap yang aku dan dia dua-dua pengawas sekolah. Masa ni aku macam jantan so ramailah yang takut dengan aku. Aku pun dengan selamba badaknya beritahu dekat dia yang minah tu kirim salam...mula-mula dia boleh terima lagi. Tapi lama-lama dia bosan. Aku tahu aku salah tapi aku cuma nak tolong kawan aku aje...nak dipendekkan ceritanya. Dia marah kat aku. Mula-mula aku tahan tapi dah lama-lama aku jew yang kena marah siapa tahan beb...semenjak hari tu lah aku selalu gaduh dengan dia. Kadang-kadang tu benda yang sikit punya kecik pun jadi besar. Aku pulak jenis panas baran...aku hamun aje dia time balik sekolah. Cuba bayangkan aku dekat sebelah kiri jalan raya dia pulak sebelah kanan jalan raya...kitaorang bertekak sepanjang jalan sampai ke rumah aku. Dah sampai rumah senyaplah...huhuhu.

Bukan setakat tu aje...sampaikan cikgu pun tahu kitaorang ni gaduh. Kalau time pengawas bertugas tak pernah sekali pun kitaorang jadi 'pair' jaga kelas budak bawah. Nak tahu kenapa?? paham-paham sendiri sudah...karang budak senyap kitaorang yang bergaduh. Baik tak payah kan!. Even masa aku dengan dia bergaduh pun kawan aku still mintak tolong aku bagi surat cinta dekat dia. Tapi kawan punya pasal aku pun dengan baik hatinya bagi ajelah. Last-last aku tengok surat tu selamat berada dalam tong sampah dicampak oleh dia. Huhuhu. Yang tu memang aku tak dapat nak tolong ok!

Mata aku dah mengantuk sangat ni. Apa kata esok-esok pulak aku bercerita ye...kalau cerita semuanya malam ni tak best pulak kan. Lagipun banyak lagi yang aku nak luahkan. Dekat sini ajelah aku boleh pot pet pot pet...hehehe. Ok, selamat malam...Assalamulaikum.

No comments:

Post a Comment