Monday, May 16, 2011

DIA YANG AKU CINTAI 2

Helooo...anybody home?? opss! lupa pulak...kita orang islam so kena bagi salam. Semula ok! Assalamualaikum dan salam satu dunia yang cantik lagi lawa selawa lawanya (melebih sungguh!) hehehe. Bukan selalu ye dok?...ok sekarang aku nak sambung cerita semalam. Cerita cinta dan airmata (propa jew lebih jangan caya). Hmm...semalam sampai mana ek? dah gaduh kan...erm...dah gaduh sampai nak terbalik bangunan sekolah tu. Hari ni aku nak sambung aje yang semalam tu.

Mana nak mula kan yek...hmm...ok dari sini aku cerita. So lepas pada tu aku dengan dia langsung tak boleh berjumpa, pandang sebelah mata pun tak boleh. Kenyit-kenyit jauh sekali yek!. Sesungguhnya aku anti dengan dia yang bagi aku sangat kerek tu. Dia tu adalah insan pertama yang aku jumpa bajet bagus, perasantan, gila dan macam-macam lagi. Aku rasa masa tu bukan setakat benci aje dah, menyampah pun ada. Korang tahu tak masa sambutan Maulidur Rasul aku pakai baju kurung yang biasa-biasa aje...yelah aku kan mana reti nak pakai lawa-lawa macam kawan aku tu. Tak tahulah aku kenapa dia pandang aku masa tu...tahu tak lepas tu dia buat apa?? tahu tak????? dia GELAK kat aku ok! aku ulang sekali lagi dia GELAK!!!!. Uishh tension aku bila ingat balik. Apa teruk sangat ke aku pakai baju kurung?? Arrgghhh!

Lepas pada tu aku dah berikrar depan cermin yang aku tak akan pakai lagi baju kurung dekat sekolah. Huh!. Tak akan!!! sekurang-kurangnya selagi dia ada dekat sekolah tu lar. Ok, setakat tu tak ada lagi sengketa tapi tak lama lepas tu ada pulak kem kepimpinan sekolah dekat Taman Pertanian. Bagus betul!

Masa dekat kem tu kitaorang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan golongan ketua kelas dan jugak penolong ketua kelas. Rombakan dibuat dan kami dibahagi kepada beberapa kumpulan lain. Aku takut jugak kalau-kalau satu kumpulan dengan dia tapi nasib baik tak. Kalau tak memang aku jotos kepala orang yang gatal letak kitaorang berdua sekali. Hahaha. Masa ni ada pelbagai acara yang diadakan antaranya berlakon! ye memang tak salah lagi berlakon! aku berlakon?? hancur lah jawabnya...ketua kumpulan aku ni pulak punya lah baik hati letak aku jadi heroin. Korang pleaselah! dapat bayangkan tak aku jadi heroin??. Malam tu aku tebalkan muka aku yang tak berapa cun ni berlakon depan semua orang. Aku tak kisah kalau depan diorang yang aku kisahkan adalah depan dia! dia pun menyemak sekali kat situ. Sungguh aku dapat tengok muka mengejek dia tu dari atas pentas. Saat tu aku rasa nak aje aku pegang pistol betul and then tembak dia. Padan muka! cet!

Ok cukup! aku tak nak dah cerita pasal kem tu. Sangat menyakitkan hati! tapi belum cukup sampai situ lagi ye...ada lagi ni...banyak lagi. Huhuhu. Semasa kat sekolah tak lama lepas tu aku dapat nama baru yang comel dan sedap. Kalau aku sebut confirm korang tahu punya. Dengan rasminya aku dipanggil oleh dia sebagai KICAP. Betul...tak salah lagi memang KICAP kawan-kawanku sekalian. Aku rasa sangatlah terharu sampaikan aku panggil dia dengan nama PIAT pulak. FAIR and SQUARE ok!! HUH! adil dan saksama. Apa dia ingat dia aje yang hebat?? kalau dia boleh ubah nama aku yang sedap ni aku pun bolehlah...terus terang aku cakap memang buku bertemu dengan ruas.

Sepanjang tahun jugak aku dengan dia bergaduh sampailah masanya aku kehilangan dia...(bukan mati ok!)dia dah masuk sekolah menengah pun. Aku sorang ajelah yang tinggal. Masa tu aku tak tahu nak kata apa. Tapi sungguh aku rindukan dia...tiba-tiba aku rasa sunyi tak ada teman lagi nak bergaduh. Selalu masa balik sekolah mesti aku gaduh dengan dia tapi sekarang dah tak ada. Kalau pergi kantin berselisih dengan dia mesti kitaorang jalan betul-betul hujung dekat tiang. Punya jauh tak boleh dekat. Tapi semua tu hilang sekelip mata aje. Ada jugak aku terjumpa dengan dia di pasar malam tapi aku lari. Kalau boleh aku tak nak dia nampak aku. Aku selalu tengok dia dari jauh...masa tu lah aku baru sedar kewujudan dia dalam hidup aku banyak mengubah aku. Kalau dulu aku cukup anti dengan lelaki tapi bila dengan dia aku jadi diri aku sendiri. Dulu aku sangat susah nak terima lelaki bukan apa...aku cuma tak suka. Kawan lelaki yang betul-betul boleh masuk dengan aku cuma kawan sekelas aje. Luar daripada tu kirim salam ajelah!

Masa aku diterima masuk sekolah menengah aku dapat tahu aku satu sekolah dengan dia. Punyalah aku nak elak sampaikan aku sanggup suruh mak aku tukarkan aku ke sekolah lain. Tapi mestilah mak aku tak bagi. Mak aku nak backhand aku adalah! Hahaha. So, nak tak nak aku masuk ajelah...pertama kali jumpa dia, dia bersongkok sebab kelas arab aku pulak kelas biasa saja. Tapi dia buat-buat tak kenal aku aje. Dia pandang aku tapi macam tak ada reaksi langsung. Kenapa??? aku pun tak tahu tapi cara dia pandang dah tak ada rasa benci dekat aku. Mulai saat tu lah aku dengan dia jalani hidup sebagai pelajar seperti biasa. Tak ada lagi pertengkaran and tak ada lagi sindir menyindir antara kami. Sunyi sepi!

Aku dan dia selalu terjumpa dalam perpustakaan kadang-kadang tu aku duduk betul-betul berdepan dengan dia. Segan tu tak payah cakaplah kan. Malu aku. Sampai tak boleh nak ulang kaji dibuatnya. So, aku ambik keputusan untuk elak dari bertemu empat mata dengan dia. Setiap kali aku nampak dia dari jauh aku terus pusing ikut jalan lain. Kawan aku dah mula syak yang bukan-bukan tapi aku peduli apakan. Aku cakap lalu ikut situ boleh melatih kaki kita. Baik punya ayat!

Ada sekali tu masa kitaorang nak sembahyang dekat surau sekolah kebetulan jadual sama dengan kelas dia and nak tahu apa lagi yang mengejutkan?? kitaorang satu pasukan dalam sukan sekolah. Rumah biru! lagi aku nak elak lagi banyak pulak yang sama. Dah lah aku rasa janggal aje kalau terjumpa dia. Dekat surau tu aku pernah perasan dia senyum kat aku. Tapi aku tak percaya lah...tak mungkin kot! untuk mendapat kepastian aku pun pandang lah belakang tapi belakang aku tak ada orang pun. Tak kan senyum dekat aku kot??? kawan aku sempat lagi usik aku "Dia pandang ko tu tak kan tak tahu siap senyum lagi" cet!. Aku pandang tempat lain ikat kasut aku lagi bagus. Aku tak nak lah perasan yang lelaki yang bencikan aku senyum dekat aku...memang pelik lah sangat!

Kalau korang semua nak tahu sampai sekarang aku tak tahu mana dia belajar. Pernah sekali aku nampak dia tapi aku sendiri pun tak pasti samada tu dia or bukan. Tapi terus terang aku cakap...aku nak sangat bercakap dengan dia seperti biasa and aku nak mintak maaf dengan dia pasal hal dulu. Aku tahu dia bencikan aku...tapi satu aje yang boleh aku katakan yang dalam hati aku cuma ada dia. Mesti korang fikir yang aku ni perempuan yang perigi cari timbakan?? aku tak kisah...saat ni dah genap 9 tahun aku cintakan dia. Sungguh aku cinta dia...

Tipulah kalau aku kata yang aku tak bercinta...memang aku pernah bercinta tapi aku putuskan hubungan dengan teman lelaki aku dulu kerana aku tak boleh paksa diri aku. Sayang aku cuma sebagai kawan dan aku rasa selesa aje. Tapi cinta aku cuma untuk dia. BODOH! ya memang aku bodoh kerana mencintai seseorang yang tak dapat aku miliki. Tapi mencintai tak semestinya memiliki bukan?

Selagi aku belum lupakan dia aku rela begini...biarlah masa yang menentukan hala tuju hidup aku. Buat masa sekarang aku nak belajar rajin-rajin dan bantu kedua orang tua aku. Andai jodoh itu milik aku pasti suatu masa nanti aku akan terima dengan hati yang terbuka...INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment